Resepi Nasi Lemak Sedap dan Wangi lagi Menyelerakan

kongsiresepinasi.com – Asslamuallaikum and salam sejahtera bonda and kawan cantik. Dah masak apa sahaja hari ni? Kalau not yet masak boleh la buat resepi yang nak saya kongsikan ni. Iaitu resepi nasi lemak sedap dan wangi lagi menyelerakan. Resepi nasi lemak sedap dan wangi merupakan resepi nasi dengan add bahan seperti sambal yang sikit pedas bersama ikan bilis yang sedap and lazat. Pasti la sangat menyelerakan. Kalau bonda and kawan cantik nak cuba sila sedia bahan yang diperlukan seperti resepi bawah ni. Lepas semua bahan tersedia bonda and kawan cantik semak cara cara membuat resepi nasi lemak sedap dan wangi lagi menyelerakan ni yer. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Lemak Sedap dan Wangi lagi Menyelerakan

Bahan-bahan Nasi Lemak Sedap dan Wangi

  • 2 cawan beras basmathi
  • 1 cawan santan dan 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • 3 hirisan halia
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan sambal

  • 2 cawan ikan bilis
  • 20 tangkai cili kering dikisar halus
  • 3 labu bawang besar juga dikisar halus
  • 3 bawang merah
  • 2 bawang putih
  • Sedikit halia
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 labu bawang besar dimayang kasar
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit belacan

Resepi lain : Resepi Nasi Briyani Ayam Johor Sedap Ringkas

Cara menyediakan sambal

  1. Goreng ikan bilis bersama bawang besar yang telah dihiris untuk seketika. Tidak perlu goring sampai garing. Secukup sekadar nampak kelayuan.
  2. Kisarkan cili kering, 3 biji bawang merah, 2 biji bawang putih, sepotong halia dan sedikit belacan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dengan api pelahan. Kacau sesekali dan apabila kelihatan sedikit garing, tambahkan air mengikut kuantiti kuah yang cukup.
  4. Biarkan lagi sehingga mendidih dan nampak seperti pecah minyak dan warna kelihatan merah cantik.
  5. Masukkan 2 sudu besar gula, garam dan sedikit air asam jawa. Rasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
  6. Setelah berpuas hati, masukkan ikan bilis dan bawang besar yang telah digoreng tadi.
  7. Kacau untuk seketika bagi rasa itu diserap.
  8. Setelah sambal itu nampak sudah cukup pekat, api boleh ditutupkan dengan segera.

Cara menyediakan Nasi Lemak Sedap dan Wangi

  1. Rendam beras itu selama lebih kurang 20 minit sebelum masak.
  2. Basuh beras beberapa kali. Masukkan santan, air, halia dan daun pandan yang disimpul.
  3. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak.
  4. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, timum, kacang dan ikan bilis goring.

source : curlybabesatisfaction

Sedap nyerr and terbaik resepi ni. So bonda and kawan try at home yer. Resepi nasi lemak sedap dan wangi ni elok dihidang saat jamuan makan petang bersama keluarga terkasih. Oke sekian kongsi resepi nasi lemak sedap dan wangi lagi menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba bonda and kawan cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Ayam Sedap Giler lagi Simple

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.