Resepi Nasi Lemak Sambal Udang Sedap Sangat

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Nak masak apa hari ni? Pasti dah have idea nak masak apa yer. Kalau belum sila semak resepi yang nak saya kongsikan ni. Iaitu resepi nasi lemak sambal udang sedap and menyelerakan. Resepi nasi lemak sambal udang merupakan collaboration antara resepi nasi lemak and sambal udang. Untuk kawan cantik yang gemar nasi lemak or udang sila cuba at home yer. Untuk mencube at home kawan cantik sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni. Lepas sume bahan ada kawan semak jugak cara cara membuat resepi nasi lemak sambal udang sedap and menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Lemak Sambal Udang Sedap Sangat

Resepi Nasi Lemak Sambal Udang

Bahan-bahan Nasi Lemak

  • 3 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai besar dititik
  • 2 cm halia – di potong nipis
  • 3 helai daun pandan – disimpul dan diikat
  • 1/2 sudu kecil garam -secukup rasa

Cara cara Membuat

  1. Kupas halia, kemudian potong nipis-nipis. Cuci beras, letak dalam rice cooker, masukkan santan dan air. Masukkan serai, halia, daun pandan dan garam. Kacau mesra semuanya, dan masak seperti biasa di dalam rice cooker.

Resepi lain : Resepi Nasi Kerabu Ayam Percik Sedap Menyelerakan

Bahan-bahan Sambal Tumis Udang

  • 1 kilo udang sederhana besar
  • 1 biji bawang besar – dipotomg nipis-nipis
  • 2 sudu besar gula – boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing
  • Garam dan air asam jawa secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan kisar

  • 10 biji cili kering – boleh ditambah, kalau kurang tak sedap.
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan – dibakar atau digrill.

Cara cara Membuat

  1. Bersihkan dan toskan udang, ketepikan dahulu. Tumis bahan kisar, sehingga harum. Masukkan gula, asam jawa, dan garam. Terus kacau sampai masak dan naik minyak. Masukkan udang dan bawang besar. Kacau lagi supaya mesra. Kemudian tutup api apabila udang masak. Udang mengeluarkan air sendiri so, tak perlulah sibuk tambah air. Nanti sambal jadi terlalu cair.
  2. Selain sambal udang boleh lah sediakan kacang tanah dan ikan bilis yang hanya perlu digoreng, dan telur yang direbus. Timun tu, potong je, makan macam ulam.

source : annedyaputerystory

Hurm sedap sangat yer resepi nasi lemak sambal udang ni. Aroma sedap and cara membuat yang mudah menjadikan resepi ni feveret banyak keluarga. Resepi ni elok dihidang saat jamuan makan tengah hari or makan petang. Oke sekian kongsi resepi nasi lemak sambal udang sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Beriani Kambing Sedap Wajib Cuba

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.