Resepi Nasi Lemak Kukus Simple dan Sedap

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda cantik lagi terbaik. Bonda cantik nak masak apa hari ni? Pasti yang sihat and sedap lagi menyelerakan yer. Kenapa sihat and sedap kerana masak family utama untuk kanak kanak should yang sihat and sedap supaya anak gemar makan. Kali ni saya izin berkongsi resepi nasi lemak kukus simple and sedap. Resepi nasi lemak kukus simple ni pantas dicuba at home and hidang untuk hubby and kanak kerana memang mengandungi pelbagai bahan yang berfaedah faedah untuk kesihatan. Bahan tu seperti tomato and carrot yang baik untuk kesihatan. Kalau bonda nak try sila semak bahan bahan yang harus disediakan. Lepas sume bahan ada bonda cantik semak cara cara membuat resepi nasi lemak kukus simple ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Lemak Kukus Simple dan Sedap

Bahan bahan Resepi Nasi Lemak Kukus Simple

  • 3 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan airnya
  • 3 cawan air
  • * jika masak tak ramai boleh lah kurangkan sukatan beras. Sukatan air dan sukatan beras adalah sama jika gunakan beras biasa. Tapi bergantung pada beras jugak. Jadi harus kenal dengan beras yang di gunakan.
  • 3 sudu besar santan KARA ( santan ni campur dengan air * kalau guna 2 cawan beras santan letak 2 sudu )
  • 1 sudu teh halba
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 ulas bawang merah ~ di hiris
  • 1 batang serai ~ di ketuk perdunya
  • 2 inc halia ~ di titik atau di hiris

Cara cara Membuat

  1. Dalam periuk nasi, panaskan minyak
  2. Kemudian tumiskan bawang hiris, halia, daun pandan, dan serai hingga layur.
  3. Bila dah layur dan naik bau, baru masukkan halba. Halba jangan tumis awal sebab ia cepat hangus, bila hangus nanti rasa pahit
  4. Kemudian masukkan santan dan biarkan ia didih
  5. Bila dah didih, masukkan garam secukup rasa
  6. Akhir sekali masukkan beras
  7. Jika airnya kurang boleh tambah air, mengikut sukatan air untuk memasak nasi anda
  8. Tutup periuk dan biarkan nasi tanak seperti biasa

Bahan Sambal Tumis Ikan Bilis

  • 1 cawan ikan bilis ~ di siang dan di goreng

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Mamak Sedap dan Mudah

Bahan kisar

  • 1 cawan cili kering ~ potong , rendam hingga lembut dan di kisar
  • 10 ~ 15 biji bawang merah ~ dikisar ( bawang letak lebih-lebih nanti kuah sambal manis )
  • 5 ulas bawang putih ~ dikisar
  • belacan sebesar 50 sen. Di kisar bersama cili ( kalau tak nak sambal bau belacan yang kuat bakar dulu belacan tu)
  • 1 sudu besar asam jawa campur air dan jadikan jus, ambil jusnya sahaja
  • 1 sudu teh garam
  • 6 ~ 7 sudu besar gula ( gula ni letak sikit dahulu, rasa manisnya. Biasa ita letak 6 sudu )
  • 1/2 sudu teh aji no moto jika suka

Cara cara Membuat

  1. Panaskan minyak. Bila buat sambal minyak kena banyak supaya bahan tumis kita dapat di tumis garing. Lagi sau sambal kita tahan lama.
  2. Bila minyak dah panas gorengkan ikan bilis hingga garing
  3. Angkat dan toskan
  4. Panaskan minyak semula
  5. Bila minyak dah panas, masukkan cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar.
  6. Tumis hingga garing dan pecah minyak
  7. Tumis ni lama-lama ya sebab bagi dia betul-betul garing dan hilang semua bau maung lada.
  8. Bila dah garing masukkan air asam jawa
  9. Lepas tu perasakan dengan garam
  10. Kemudian masukkan gula. Gula ni kita letak banyak sebab sambal kalau manis-manis pedas sedap! Bila dah letak gula warnanya akan bertukar kemerah-merahan berkilat.
  11. Biar dia merenih kejap
  12. Kemudian tutup api dan biarkan sejuk
  13. Bila sambal dah sejuk baru masukkan ikan bilis, supaya bila makan ikan bilih masih rangup!

Bahan Sayur Kacang Goreng

  • 1 ikat sayur kacang panjang ~ potong serong
  • 1 batang lobak merah ~ potong mancis
  • 1 batang cili merah ~ hiris nipis

Bahan hiris

  • 5 ulas bawang merah ~ di hiris
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inc halia ~ hiris halus

Cara cara Membuat

  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Bila minyak dah panas, masukkan bahan hiris dan masak hingga layur
  3. Masukkan sayur yang telah di hiris
  4. Masak hingga sayur layur tapi masih rangup ( jangan lama sangat masak sampai lecur )
  5. Perasakan dengan garam dan secukup rasa
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi lemak

Hiasan 

  • Carrot
  • Tomato

source : norazlitaaziz

Hurms sedap sangat yer resepi nasi lemak kukus simple ni. Pasti bonda nak cuba at home. Sila cuba and kongsikan hasil kat komentar yer. Resepi ni memang simple but kalau rakan nak try resepi nasi kukus lain seperti resepi nasi lemak kukus terengganu, resepi nasi lemak kukus kelantan and etc, sila guna pencarian resepi kat blog ni untuk peroleh resepi yang bonda suka. Oke sekian kongsi resepi nasi lemak kukus simple and sedap lagi menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Briyani Daging Best Sedap nya

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.