Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah Sedap

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera rakan cantik. Rakan dah masak apa sahaja hari ni? And nak masak apa lagi? Rakan sedia tak cuba resepi yang nak saya kongsikan ni. Ialah resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah sedap and menyelerakan sangat. Resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah ialah persatuan dua resepi yang sedap. So rakan try at home yer. Resepi nasi lemak actually ada pelbagai versi seperti resepi nasi lemak pandan and ayam goreng disini guna resepi ayam goreng berempah simple. Sila rakan cantik semak and sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni. And semak pulak cara cara membuat resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah sedap and menyelerakan ni.

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah Sedap

Resepi Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah

Bahan Nasi Lemak Kukus

  • 5 cawan beras
  • Santan pekat
  • 3 helai daun pandan
  • Sedikit Garam
  • Daun pisang

Bahan Sambal Ikan Bilis

  • 2 Mangkuk kecik ikan bilis (Siap kopek & basuh)
  • 1 biji bawang bombay (Di blend)
  • 5 sudu cili giling
  • 8-10 bawang merah (Dihiris)
  • 1 Inci belacan bakar
  • 1/2 sudu gula
  • 100ml air asam jawa
  • Sedikit minyak
  • Sedikit garam

Bahan Ayam Goreng Rempah

  • 1 ekor ayam (Potong 8)
  • 1 biji telur
  • 2 inci halia**
  • 2 biji bawang besar**
  • 6 ulas bawang putih**
  • 7 batang serai**
  • 1 1/2 sudu besar ketumbar (disangai dan ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu besar jintan manis (disangai dan ditumbuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu gula
  • 3 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • sedikit kunyit

Bahan Sampingan

  • 100g kacang tanah
  • 4 biji telur rebus
  • 1 biji timun

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Kicap Sedap dan Mudah

Cara-cara Membuat

  1. Basuh dan rendam beras selama lebih kurang 2-3 jam. Didihkan air dalam pengukus. lapikkan dengan daun pisang dan di buat lubang halus.(jangan besar, nanti beras terkeluar). Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak(kelihatan kering).
  2. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman sejuk. Setelah itu kukus semula beras tadi lebih kurang 10 minit. Keluarkan beras tadi dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam.
  3. Biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk ke dalam beras.
  4. Akhir sekali, kukus sekali lagi nasi bersama daun pandan hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik dan proses ni ambil masa 15-30 minit.
  5. Bersihkan ayam. Semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air. kisar hingga serai hancur. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur. Satukan semuanya bahan rempah. telur, daun kari dan tepung jagung serta serbuk kari. Tambah garam dan sedikit gula. Gaul ayam bersama aduan dan perap selama 1 jam (Lagi lama perap, lagi sedap).
  6. Panaskan minyak dengan api sederhana. (Pastikan minyak banyak supaya goreng sekata). Masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan warna keperangan. Toskan dan diletakkan ke dalam pinggan.
  7. Panaskan minyak didalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan apabila masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili giling bersama-sama belacan dan bawang blend sehingga cili giling itu masak. Masukkan bawang yang dihiris bersama air asam jawa dan masak seketika. Letakkan sedikit gula dan garam untuk menambah rasa. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sekata sehingga masak dan pekat.
  8. Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah sedia dihidang.

Tips

  1. Lebih enak masak ayam ketika hendak dihidangkan supaya ayam dalam keadaan panas.

source : fidanie

Sedap nyerrr resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah ni. Resepi ni elok dihidang saat jamuan makan petang or dalam majlis majlis formal and informal at home. Oke sekian kongsi resepi nasi lemak kukus ayam goreng berempah sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Kerabu Mat Gebu Sedap Best

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.