Resepi Nasi Lemak Kelantan Sedap Best

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum salam sejahtera bonda cantik and kawan terbaik. Dah masak apa sahaja hari ni? Pasti la sedap and sangat menyelerakan yer. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi lemak Kelantan kesukaan rakyat Melayu yang sedap and menyelerakan sangat. Resepi nasi lemak Kelantan merupakan resepi yang dah famous sedap and lazat nya. So untuk kawan cantik and bonda terbaik yang nak cuba sila sedia bahan seperti resepi nasi lemak Kelantan bawah ni yer. Lepas tu semak cara cara membuat resepi nya. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Lemak Kelantan Sedap Best

Cara cara Merebus Ikan tongkol

  1. Ikan disiang dan dicuci bersih. Siram tiga kali. Maka bersihlah ikan itu. Insha Allah bila masak nanti ia takkan hanyir.
  2. Potong ikut potongan bersesuaian menjadi kepingan dalam 2cm lebar ya. Saya selalu tengok bila orang tak tahu masak ikan tongkol ini, selalunya disuruhnya potong nipis-nipis sangat, kononnya ikan ni keras. Ikan ni sebenarnya jadi keras sebab tak kena cara masaknya. Ikan tongkol memang speciesnya yang perlu/wajib direbus dulu kalau nak dimasak apa saja menu. Dia tidak boleh digoreng atau digulai terus begitu..memang confirm tidak sedap…dan confirm keras kalau terus digoreng. Jadinya jangan sesekali buat begitu ya!
  3. Kemudiannya masukkan ikan dalam periuk yang agak sedang elok dengan kuantiti ikan yang ada. Masukkan air lebih kurang tenggelam ikan…jgn terlebih banyak sangat, dan jangan kurang air sangat. Wajib, masukkan asam keping dalam segenggam atau dalam 10 hingga 12 keping. Asam keping ni kena banyak dimasukkan sebab kita perlukan ikan tu menyerap rasa masam2 masin dan ada manis sikit di hujung rasanya. Kemudian masukkan dua sudu besar (penuh) garam, dan untuk menyedapkan lagi tambahkan sedikit gula dalam satu sudu besar.
  4. Masak di atas api sederhana. Tutupkan periuk ya, bila nak mula mendidih nanti, tutupnya perlu dibuka sedikit untuk mengelakkan airnya melimpah keluar. Biarkan lama sikit mendidih…tapi jangan sampai airnya kering…mungkin dalam 20 minit rasanya.

Tips

  • Orang tua dulu-dulu, ada juga yang kukus ikaan tongkol ini bagi menggantikan proses merebus. Katanya ikan jadi lebih sedap…ermmmm, setakat ini saya tak pernah cuba lagi..mungkin saya selesa dengan proses merebus…lagipun malas la pulak nak mengukus bagai kan….

Cara cara Menggoreng Ikan Rebus

  1. Menggoreng ni seperti biasa macam kita goreng ikan lain juga. Cuma berhati2 sebab ikan rebus bila digoreng dia akan meletup-letup cket dalam kuali…jaga2 takut terperecik minyak panas..
  2. Goreng tak perlu garing sangat sebab nanti kita nak buat tumis sambalkan.
  3. Setelah selesai urusan menggoreng, maka ketepikan dulu ikan yang telah digoreng tadi.

Resepi lain : Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Sedap Sangat Menyelerakan

Cara cara Membuat Sambal Berlada/Sambal Ikan Tongkol

  1. Kupas bawang merah 10 biji (kalau bawang jenis saiz biasa). Kalau bawang merah yang saiz besar tu..saya guna satu setengah biji…
  2. Bawang putih dua hingga 3 ulas. Tengok pada saiznya. Jangan banyak sgt bawang putih, nanti masakan jadi tak sedap.
  3. Sedikit halia, dalam setengah inci persegi potongan.
  4. Cili kering 12 – 15 biji. Saya tambah dengan dua tiga biji cili api, beri aroma cili api sikit yang akan lebih menyedapkan rasanya. Jangan risau, ianya tak beri kesan sgt pada kepedasan sambal. Cili kering ni rendam air panas sekejap, beri dia cepat lembut dan mudah untuk di blend nanti.
  5. Sedikit belacan.
  6. Blend semua bahan tadi kecuali bawang putih sahaja ditumbuk berasingan.
  7. Masukkan minyak dalam lima enam sudu atau secukupnya untuk menumis. Bila minyak telah panas, tumiskan dulu bawang putih sehingga kekuningan. Kemudiannya masukkan bahan yang diblend tadi. Kacau sehingga pecah minyak…dalam lebih kurang 10 minit. biarkan hingga sedikit pekat…masukkan dua sudu sos cili, sedikit air asam jawa, gula dan garam. Bagi yang sukakan perasa, boleh tarukkan sedikit perasa. Tentang gula, perlu dimasukkan lebih sedikit untuk diseimbangkan dengan rasa masam2 ikan dan kuah…biasanya saya letak dalam empat sudu. Saya juga wajib letakkan sedikit gula
  8. Melaka a.k.a Nise (bahasa Kelate) dalam sambal untuk lebih menyedapkan rasa.
  9. Masukkan Nise dalam setengah kerek.
  10. Setelah selesai proses ini, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan ia mereneh dalam lima minit supaya ikan dan kuah dapat menyerap elok. Selepas itu boleh diangkat dan dihidangkan. Bagi yang suka boleh potong halus cilip api merah dan taburkan dalam sambal ikan ini.

Bahan-bahan Nasi Lemak

  • Nasi sebanyak lima pot beras (pot rice cooker tu)
  • Santan RM6.00 (siapa yang suka lebih lemak, boleh tambah sikit lagi)
  • Halia saiz ibu jari, dimayam nipis.
  • Bawang merah dua biji dimayam halus
  • Daun pandan dua tiga helai disimpul
  • Setengah sudu teh halba
  • Gula (lima atau enam sudu besar)
  • Garam satu sudu besar
  • Campur santan dengan air sehingga mencukupkan 9 atau 10 pot beras yang sama tadi. jumlah air ni tengok kepada jenis beras ya. kalau beras siam, kena letak lebih, saya selalunya letak dalm 9 atau 10 pot air kalau masak nasi lemak. ia beza dengan kuantiti air bila kita masak nasi biasa, kerana nasi biasa tidak melibatkan santan.

Cara-cara Membuat Nasi Lemak

  1. Basuh beras. masukkan semua bahan-bahan tadi dan masukkan santan campur air tadi. kacau-kacau sebati dan masak dengan rice cooker. sesekali semasa memasak, ia perlu dikacau bagi mengelakkan santan berkumpul di atas.
  2. Mungkin dalam tiga kali kacau untuk tempoh memasaknya. jangan buka kerap sangat tutup rice cooker tu, karang nanti nasi tak masak pulak…mentah nanti….
  3. Bila nasi lemak dah masak nanti, maka bolehlah dihidaangkan dengan sambal ikan tongkol, telur rebus, ikan bilis dan timun batang yang telah dipotong nipis….
  4. Nasi lemak kelantan sedia dihidang.

source : anggerikdesazainihasan

Sedap nyer resepi nasi lemak Kelantan ni. Oleh itu bonda cantik and kawan terbaik try at home yer. Oke sekian kongsi resepi nasi lemak Kelantan sedap and menyelerakan sangat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Cendawan Sedap and Menyelerakan

Incoming search terms:

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.