Resepi Nasi Kerabu Kelantan Sedap Terbaik

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda terbaik. Semoga bonda and anak anak healthy always and peroleh rezeki berganda lagi berkah. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi kerabu kelantan sedap terbaik. Iye la resepi in Malaysia tu memang the best. Resepi nasi kerabu kelantan ialah resepi nasi kerabu yang dihidang versi kelantan. Selain resepi ni ada pulak resepi lain seperti resepi nasi kerabu kedah, resepi nasi kerabu siam and etc. Sila guna sahaja pencarian in this blog. Oke tanpa banyak cakap langsung sahaja bonda cantik semak bahan and cara cara membuat resepi nasi kerabu kelantan sedap and menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Kerabu Kelantan Sedap Terbaik

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Bahan nasi

  • 1 genggam penuh bunga telang | rendam dalam air secukupnya
  • 2 1/2 cawan beras
  • 3 1/2 cawan air rendaman bunga telang (sukatan ikut jenis beras)
  • pesepi nasi kerabu5 helai daun limau purut | koyak2 sedikit
  • 1 batang serai | titik

Cara Membuat

  1. Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
  2. Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
  3. Tanak hingga nasi masak.
  4. **Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.

Bahan Kuah Tumis

  • Santan pekat (saya guna 1 cawan)
  • 7 ulas bawang merah* | (*) kisar
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 labu bawang besar*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1 cm halia*
  • 1 batang serai | ketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit gula melaka
  • 2 sudu besar budu
  • Garam (kena rasa masin dulu)

Cara Membuat

  1. Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.

Tips

  • Kuah tumis biar ada rasa masin sedikit.Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat.Kalau makan pagi disediakan sebelah malamnya.

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap Giler and Simple

Bahan Sambal kelapa

  • 1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
  • 1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • Garam
  • Gula

Cara Membuat

  1. Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
  2. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
  3. Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.

Bahan Ulam-ulaman

  • Kacang panjang
  • Kubis
  • Timun (tak letak)
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Bawang besar (tak letak)
  • Kacang botol (tak letak)
  • Taugeh

Cara Membuat

  1. Hiris halus kesemua ulaman.

Bahan Sambal Cili

  • Cili padi | tumbuk
  • Cuka
  • Garam
  • Gula

Bahan Lauk Pauk

  • Telur masin
  • Ikan rebus goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • daging goreng @ ayam goreng
  • Keropok @ keropok lekor
  • Solok lada
  • Bawang putih jeruk
  • Atau apa2 aja yang disukai

Cara cara Penyediaan

  1. Letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
  2. Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
  3. Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
  4. Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

source : mdruzaidaud

Nah tu bahan and cara cara membuat resepi nasi kerabu kelantan ni. Oke sekian kongsi resepi nya yer. Semoga resepi nasi kerabu kelantan sedap terbaik ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Beriani Kambing Sedap Wajib Cuba

Incoming search terms:

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.