Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Sedap Sangat Menyelerakan

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan semua. Are you ready to belajar resepi with me? Semoga kawan semua kat sini sihat and pandai masak semua yer. Kali ni saya nak kongsi resepi nasi kerabu ayam bakar sedap and lazat menyelerakan sangat. Resepi nasi kerabu ayam bakar merupakan resepi yang dah famous kerana sedap nya. So untuk kawan cantik yang nak try at home sila sedia bahan seperti resepi bawah ni yer. Lepas tu kawan cantik langsung semak sahaja cara cara membuat resepi nasi kerabu ayam bakar sedap and menyelerakan sangat ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Sedap Sangat Menyelerakan

Bahan bahan Nasi Kerabu

  • Beras
  • Pewarna biru star brand atau air perahan bunga teleng….family aku panggil bunga nasi kerabu
  • air

Cara cara Membuat

  1. Basuh beras seperti biasa.
  2. Masukkan air yg secukupnya dengan kuantiti beras.
  3. Titiskan pewarna biru td, masak nasi seperti biasa.
  4. Dah siap nasi kerabu biru….tp ore kelate panggil nasi kerabu hitam…..

Bahan bahan Sambal Ikan

  • Kelapa parut
  • Isi ikan rebus/bakar
  • Bawang merah, serai, halia, & lada hitam.
  • Garam & penambah perasa.

Cara cara membuat

  1. Kepala disangai dlm kuali sehingga kekuningan, jangan terlalu garing.
  2. Tumbuk lada hitam sehingga lumat, kemudian masukkan bahan yg lain.
  3. Isi ikan td ditumbuk sekali ngan bahan td.
  4. Ketepikan bahan tadi, kemudian tumbuk kelapa goreng td jgn smp lumat…cuma hancurkan shj. Kalau malas x tumbuk pun xpe….hehehe
  5. Gaulkan kelapa & isi ikan td.

Bahan bahan Ulaman

  • Sediakan ulam yg dikehendaki……
  • daun serai kayu/daun salam
  • ulam pegaga
  • pucuk mengkudu
  • daum kesum
  • ulam raja
  • kobis bulat
  • kacang panjang
  • taugeh
  • timun
  • dan sebagainye….
  • budu/sos bilis
  • limau nipis
  • cili api jeruk

Cara cara Membuat

  1. Ulam dihiris halus/nipis
  2. Masukkan budu dlm mangkuk & perahkan air limau nipis. Kacau hingga sebati.
  3. Cili api jeruk diblender utk dijdkan sambal..

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Cendawan Sedap and Menyelerakan

Bahan bahan Solok Lada

  • Lada solok yg kaler putih atau light green tu…..kat kl susah nak cr so pakai je lada besar yg hijau jgn pakai lada banggala dah lah. Belah tgh tp jangan smp putus. Buang biji dia, untuk kurangkan pedas rendam dalam air kelapa, air beras atau air rendaman daun jambu bt atau daun lada tu sendiri….
  • Isi kelapa parut yg sesuai wat kueh, x terlalu tua….kalau xde blh gak pakai tp nanti inti jd berderai so x beh…..tp ma aku pecahkan telur supaya blh dikepal inti tu nanti.
  • Isi ikan yg sesuai (kembung/selayang/sardin/selar/lolong) rebus setengah masak dengan sedikit garam dan asam keping.
  • Sedikit bawang merah, halia, serai, lada hitam dan pati santan.
  • Bahan perasa secukup rase….garam dan ajinomoto (kalau suka) atau gula.

Cara cara Membuat

  1. Tumbuk lada hitam, serai dah halia sampai lumat sekiranye menggunakan garam kasar blh ditumbuk sekali time ni. Kemudian masukkan bawang merah, tumbuk lg.
  2. Ikan rebus yg separuh masak td diasingkan tulangnye dan ditumbuk bersama bahan diatas sehingga sebati.
  3. Gaulkan bahan td bersama dengan isi kelapa parut, setelah sebati blh disumbat kedalam lada. Rase inti, kalau agak2 kureng perasa tambah ape2 yg patut.
  4. Susun lada yg telah siap disumbat kedalam periuk, kalau ma aku dia mesti alas bahagian bawah periuk dgn pucuk ubi atau kacang panjang. Kemudian masukkan pati santan (anggaran)…jangan smp tenggelam susunan lada yg paling atas.
  5. Masak solok gunakan api sederhana, agak2 ada aroma yg best menusuk hidung tu maknanye solok dah masak tp pastikan santan td telah kering…jangan smp hangus sudah.
  6. Sedia utk dihidang.

Resepi lain : Resepi Nasi Briyani Kambing Sedap Terbaikk

Bahan bahan Ayam Bakar

  • Daging ayam
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Rempah biji/ketumbar
  • Serai
  • Garam
  • Sedikit gula

Cara cara Membuat

  1. Tumbuk ketumbar sehingga lumat…kalau suka boleh ditambah sedikit lada hitam.
  2. Masukkan garam & bahan2 yg lain, tumbuk sehingga lumat.
  3. Perap ayam dengan bahan2 tumbuk td…lg lama lg sedap.
  4. Percikkan sedikit minyak pada alas/dawai pembakar. Bakar ayam sehingga masak.

source : airtanganwarisanbonda

Sedap sangat resepi nasi kerabu ayam bakar ni. So pantas sahaja menjadi kegemaran in Melayu. Resepi ni elok dihidang saat jamuan majlis or acara raya yang ada. Oke sekian kongsi resepi nasi kerabu ayam bakar sedap and menyelerakan sangat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencuba 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Ayam Hainan Kukus Sedap Sangat

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.