Resepi Nasi Goreng Mamak Sedap dan Mudah

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik terbaik. Dah masak apa sahaja hari ni? Pasti la kawan kat sini pandai sangat buat resepi yang sedap and menyelerakan. Tak seperti saya yang hanya pandai berkongsi resepi. hihihi. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi goreng mamak mudah and sedap sangat lagi menyelerakan. Resepi nasi goreng mamak merupakan resepi nasi goreng yang dimasak dengan bahan bahan seperti daing ayam, udang, kicap cair and etc. Untuk bahan lengkap nya kat bawah yer. Kalau kawan cantik nak try at home sila sedia bahan bahan. Lepas sume bahan tersedia kawan cantik semak pulak cara cara membuat resepi nasi groeng mamak sedap and mudah lagi menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Goreng Mamak Sedap dan Mudah

Bahan bahan Nasi Goreng Mamak

  • 4-5 cawan nasi, yang terbaik nasi semalaman (Refrigerated).
  • 1/2 cawan isi dada ayam. Dihiris dadu.
  • 1/2 cawan udang putih di kupas kulit.
  • 1 sudu besar kicap cair / kicap sos perasa Maggie.
  • 1 sudu besar sos/ kicap ikan.
  • 1 sudu kecil sos tiram.
  • 1 keping sosej dihiris.
  • 1/2 cawan mix.vege sejuk- beku ( karot + Jagung + k.peas).Rendam dengan air panas dan toskan.
  • 3 ulas bawang putih dikupas, ketuk dan cincang.
  • secubit lada putih/sula.
  • 2 biji telur.
  • 3 sudu besar minyak masak.
  • Garam secukup rasa.

Resepi lain : Resepi Nasi Beriani Johor Best Sedap nya

Cara cara Membuat

  1. Sediakan nasi seperti yang saya sebutkan. Untuk menyediakan ayam, masukkan hirisan ayam kedalam sebuah mangkok dan masukkan 1/2 sudu besar (tbsp) kicap cair dan lumurkan hirisan daging ayam dengan 1 sudu kecil minyak masak, sedikit tepung jagung dan di tepikan. Kita lumurkan minyak masak pada daging ayam supaya bila masukan hirisan ayam yang lembut, ia akan melekat pada kuali. Tepung jagung pulak untuk hirisan ayam itu tidak melekat diantara satu sama lain. Teknik ini anda boleh gunakan untuk goreng daging ayam yang lembut dan dihidangkan sebagai penyeri hidangan yang lain, tanpa gunakan kuali tak melekat.
  2. Hidupkan dapur dengan api sederhana. Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak masak dan ratakan minyak dalam kuali dengan memusingkan kuali. Masukkan 2 biji telur yang dipukul dan goreng hancur. Selepas telur masak angkat keluar dan tepikan. Masukkan 2 sudu besar minyak dan goreng bawang putih sehingga naik bau. Masukan hirisan ayam.
  3. Goreng 2-3 minit atau sehingga hirisan ayam masak. Sekiranya kuali menjadi kering semasa gorengan ini boleh masukan air 1-2 sudu besar. Masukan udang yang telah kupas, sosej yang telah hiris, goreng 1-2 minit lagi. Masukkan pula mix vege goreng dalam se minit lagi.
  4. Kuatkan api dapur dan masukkan Nasi bersama semua bahan gorengan yang sedang goreng. Masukkan sos kicap cair, sos tiram dan sos ikan sedikit demi sedikit dengan diiring gorengan. Kita masukkan sos perencah sedikit demi sedikit untuk mengekalkan kuali sentiasa kering. Sekiranya kuali lembab nasi akan menyerap kelembapan dan akan kembang dan lembik. Nasi goreng perlu kering dan kembang yang sederhana. jangan terlalu kering nasi anda, ia akan jadi keras. Goreng sehingga 3-4 minit.
  5. Selepas selesai sos perencah dimasukkan, masukkan pulak telur hancur yang telah disediakan. Nasi goreng anda telah siap. Jangan lupa “rasa” garam. kalau kurang masinan tambah sedikit kicap ikan, kalau masin sangat tambah perahan air limau sedikit.
  6. Cara saya tulis resepi memang panjang berkenaan sesuatu resepi, memang kalau tak baca betul , nampak susah sedikit tetapi bila kita tahu yang mana bahan perlu nak masukan dulu dan kemudian, ia sebenarnya mengambil masa cuma 15 minit saja. Kita pertama kali keliru dengan langkah-langkah dan kawalan api. Tetapi ia sebenarnya mudah dilakukan.

source : mamakhaji

Hurm sangat menyelerakan resepi nasi goreng mamak ni. Memang pantas untuk cuba at home. Kalau kawan cantik dah try sila komen hasilnya yer. Saya pon nak cuba respei ni and nak kongsi hasil kat komentar. Resepi ni boleh pulak kawan add bahan sayur yang baik untuk kesihatan mata. Oke sekian kongsi resepi nasi goreng mamak sedap and mudah ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Beriani Ayam Goreng Berempah Sedap

Incoming search terms:

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.