Resepi Nasi Dagang Terengganu Simple and Sedap

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik. Semoga kawan sume healthy always yer. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi dagang terengganu simple tapi sedap sangat. Resepi nasi dagang terengganu ialah resepi yang dah famous kerana sedap and lazat nya. So kalau kawan nak try sila semak and sedia bahan bahan resepi bawah ni. Lepas tu kawan cantik semak pulak cara cara membuat resepi nasi dagang terengganu sedap and simple lagi menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Dagang Terengganu Simple and Sedap

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan Nasi Dagang

  • 1/2 cawan beras pulut
  • 2 cawan beras wangi
  • 1 sudu makan halba
  • 3 cawan santan (1 biji kelapa)
  • 1 sudu makan gula
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara membuat Nasi Dagang

  1. Pertama sekali, beras pulut dan beras biasa disatukan dan dibasuh. Rendam untuk beberapa jam.
  2. Panaskan kukusan dan kukus beras sehingga naik wap (lebih kurang 30 minit).
  3. Keluarkan beras dan masukkan ke dalam mangkuk, kemudian siram dengan air (biar nampak basah).
  4. Kukus semula beras sampai masak untuk lebih kurang 1 jam.
  5. Sementara itu, campurkan santan dengan bawang merah, halba dan sedikit garam dan gula. Masakkan seketika dengan menggunakan api kecil.
  6. Beras yang telah masak dikeluarkan ke dalam mangkuk dan siram dengan santan. Gaul rata dan kukus semula lebih kurang 5–10 minit.
  7. Akhirnya, sedia dihidangkan.

Resepi lain : Resepi Nasi Minyak Azlita Sedap Best

Bahan Gulai Ikan Tongkol

  • 1 ekor ikan tongkol
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Cara Membuat

  1. Bersihkan ikan tongkol dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keeping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan Kuah

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang
  • (boleh guna rempah cap bunga ros)
  • 2/3 cawan santan fresh/ pekat
  • 4 cawan air
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan (Optional)
  • Nisan/ gula melaka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 7-9 biji cili padi
  • minyak

Bahan Penumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan Gulai Ikan Tongkol

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan-bahan penumis.
  2. Biarkan sehingga wangi dan masukkan cili mesin. Goreng sehingga cili mesin menjadi garing.
  3. Campur dan blendkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit hidup, kemudian masukkan ke
  4. dalam periuk. Masak sehingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi sehingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak sehingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/ gula melaka, garam dan gula secukupnya.
  9. Masak sehingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yang sudah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tidak pecah minyak lagi bolehlah tambah air panas dan masak semula sehingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap, tutupkan api selepas siap dimasak.

Tips

  • Ikan tersebut akan lebih sedap kalau direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam itu dapat meresap ke dalam isi ikan. Kalau ada belimbing buluh, boleh ditambah dalam gulai dan rasanya akan lebih enak.

Bahan Acar Timun

  • 2 biji timun
  • 1 batang lobak merah
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • Cuka, gula dan garam secukup rasa
  • Sedikit perahan limau kasturi (Optional)

Cara Penyediaan Acar Timun

  1. Semua bahan sayuran termasuk cili dan bawang dihiris memanjang.
  2. Rendam sekejap hirisan timun dan lobak merah dalam air kapur. Toskan dengan segera.
  3. Satukan sayuran, cili, bawang dalam sebuah bekas. Curahkan cuka dan perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.
  4. Jika suka boleh tambah dengan sedikit perahan limau kasturi. Gaul sebati.
  5. Biarkan ia mesra seketika sebelum sedia untuk dimakan.

source : resepinasidagang

Sedap terbaik resepi nasi dagang terengganu ni. So kawan try at home yer. Resepi diatas anggarkan untuk 4-5 org so kalau nak tambah orang tambah pulak bahannya yer. Oke sekian kongsi resepi nasi dagang terengganu sedap and simple lagi menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik.

Resepi lain : Resepi Ayam Buttermilk Sedap Sangat and Simple

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.