Resepi Nasi Dagang Kelantan Original Sedap nya

kongsiresepinasi.com – Assalammu’alaikum bonda cantik. Semoga bonda sejahtera selalu and peroleh banyak rezeki berganda lagi berkah. Tak lupa pulak semoga bonda and your son sihat selalu. Jumpa kembali dengan saya yang gemar mencuba resepi baru yang sedap and simple. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi dagang kelantan original sedap and mudah. Resepi nasi dagang kelantan original ni guna bahan bahan seperti nasi yang direndam semalaman and halia and halba and etc. Bahan lengkap kat bawah bonda cantik. Dah semak bahan lengkap bonda cantik nak try kan. Sila semak cara cara membuat resepi nasi dagang kelantan original sedap and mudah ni.

Resepi Nasi Dagang Kelantan Original Sedap nya

Bahan Resepi Nasi Dagang Kelantan Original

  • 1kg beras nasi dagang *dibasuh dan direndam semalaman*
  • santan kemancar(santan cair) 1 mangkuk
  • santan pekat 1 mangkuk
  • bawang merah 5 – 6 ulas dimayang
  • halia 1 inci dimayang halus
  • sedikit halba
  • garam
  • gula

Cara cara Membuat

  1. Beras yang direndam dibasuh bersih kemudian ditoskan. Sementara itu mayang halus bawang serta halia.
  2. Kukus nasi dagang selama 20 minit. Angkat dan alihkan dalam besen besar kemudian di arung dengan santan kemancar. Arung biar sebati santan dengan nasi yang separuh masak itu. Kukus lagi selama 20 minit. Angkat dan akhirnya arung dengan santan pekat yang dah dicampur garam dan gula + bawang merah + halia + halba.
  3. Biarkan selama beberapa ketika baru boleh dihidangkan.

Bahan Gulai Kunyit Lengkuas

  • 2 Ikan tongkol direbus
  • ** ikan tongkol sebaiknya direbus sehari sebelum dibuat gulai.

Cara membuat ikan rebus

Ikan tongkol dipotong tebal setiap keping
asam keping 4 @ 5
Garam buku segenggam
Nise setengah keping
Lengkuas 3 @ 4 hiris
Rebus ikan dalam air paras2 tenggelam ikan bersama semua bahan di atas.

  • santan RM2
  • cili kering 4/5 tangkai
  • bawang merah 1 labu besar
  • bawang putih 1 ulas
  • lengkuas 2 – 3 hiris
  • sedikit kunyit hidup
  • asam keping 1
  • garam
  • gula
  • timun batang dan kacang panjang*jika suka*

Resepi lain : Resepi Nasi Ayam Hainan Roasted Sedap Terbaik

Cara cara Membuat

  1. Tumbuk cili kering, lengkuas, bawang merah dan bawang putih. Nak senang, blend semua dengan sedikit air .
  2. Santan yang pekat dicampurkan dengan air masak serta dua sudu besar minyak masak kemudian direnehkan di atas api. Mesti sering dikacau2 supaya tidak pecah minyak santannya.
  3. Ambil masa lama sikit baru masukkan bahan yang ditumbuk. Biarkan masak dengan api yang kecil.
  4. Bila dah kuah nampak masak cantik, baru di masukkan asam keping dan sayur2 (timun batang dan kacang panjang) yang dah dipotong kecil.Masukkan ikan yang dah siap direbus sebelumnya.
  5. Perasakan gula dan garam. Dah siap……

Lauk dan rencah sampingan

  • Telur rebus
  • Sambal nyor(sambal kelapa)

Bahan Sambal kelapa

  • kelapa parut sebiji *digoreng tanpa minyak*
  • Ikan sardin 2 ekor dibakar/rebus kemudian diasingkan dari tulangnya
  • lada hitam 7 – 8 biji
  • bawang merah besar 1 labu kecil
  • 1 – 2 hiris halia
  • Nise
  • garam

Cara cara Membuat

  1. Kesemua bahan ditumbuk dan gaul rata. Sambalnya perlu rasa manis.

source : matahati-mama

Mudah dan cantik kan tampilan resepi nasi dagang kelantan original ni, lepas ini ayo bonda buat resepi ini untuk bekal makan anak disekolah, pasti mereka menjadi senang. Kalau bonda nak try resepi nasi dagang lain sila guna pencarian kat blog ni yer. Resepi nasi dagang lain seperti resepi nasi dagang kelantan gulai ayam, resepi nasi dagang kelantan noxxa and resepi nasi dagang mat gebu. Oke sekian kongsi resepi nasi dagang kelantan original sedap and mudah ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Seafood Sedap Best

Incoming search terms:

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.