Resepi Nasi Briyani Daging Best Sedap nya

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda terbaik. Dah selesai dengan home activity belum? Kalau dah selesai jom kita berkongsi resepi yang sedap and mudah. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi beriani daging yang mudah and sedap best. Resepi nasi beriani daging merupakan resepi yang dah sangat famous in Malaysia. So saye tak perlu jelas lagi sedap and lazat nya resepi ni. Langsung sahaja bonda semak bahan bahan and cara cara membuat resepi nasi beriani daging sedap best ni yer. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Briyani Daging Best Sedap nya

Nasi Beriani Daging

  • 4 pot beras basmathi – basuh dan toskan
    1kilo daging – batang pinang

Bahan rempah wangi

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 4 biji buah pelaga

Bahan-bahan rempah beriani

  • 4 sudu besar rempah beriani
  • 1/2 sudu cili serbuk
  • 4 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 2 inci halia – tumbuk halus
  • 4 biji bawang merah – hiris
  • 2 biji tomato – potong dadu
  • 3 biji cili hijau – potong kecil2
  • 1 cawan yogurt – kalau xde boleh gantikan dgn 1 cawan susu cair + 1 sudu perahan lemon
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2 sudu minyak sapi
  • 3 sudu mentega
  • 3 sudu minyak zaiton

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Biasa tapi Sedap Best

Cara memasak daging beriani

  1. Panas kan periuk dan masukkan minyak sapi, mentega dan minyak zaiton.
  2. Tumis rempah wangi hingga naik bau.
  3. Masukkan halia, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk halus. Tumis seketika.
  4. Masukkan rempah beriani dan serbuk cili yang dah dipeskan (dicampurkan sedikit air).
  5. Tumis rempah hingga naik minyak.
  6. Masukkan daging, tomato dan cili merah, yogurt dan daun ketumbar. Masak hingga daging empuk. Tak perlu letak air sebab daging akan keluarkan airnya sendiri.
  7. Sementara menunggu daging empuk dan menjadi pekat, sediakan periuk untuk masak nasi pula.
  8. Bila pekat, masukkan garam dan sedikit gula.

Cara memasak nasi beriani

  1. Masukkan beras yang dibasuh tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 4 pot air juga. Sama banyak dengan sukatan beras tadi. Masak hingga 3/4 masak.
  2. Bila nasi dah masak, masukkan nasi ke dalam periuk yang lain dan berselangkan dengan rempah daging yang dah pekat tadi. Nasi, daging beriani, nasi, daging beriani dan nasi kembali paling atas.
  3. Titiskan beberapa titis pewarna kuning.
  4. Taburkan kismis dan gajus.
  5. Masak semula nasi tadi hingga betul2 masak.
  6. Gemburkan nasi perlahan-lahan agar kesemua nasi bercampur dengan rempah daging tadi. Masak lagi dalam 5 minit. Taburkan bawang goreng ke atas nasi tersebut dan boleh dihidangkan.

source : sajiankasih

Sedap best resepi nasi beriani daging ni. So kawan try at home yer. Oke sekian kongsi resepi nasi beriani daging sedap and mudah lagi menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Lemak Hainan Original Best Sedap nya

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.