Resepi Nasi Beriani Pakistan So Delicious

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik terbaik. Kawan dah masak apa sahaja this day? Im sure pasti sedap and menyelerakan sangat resepi yang kawan buat. Kalau kawan mau cuba resepi lain boleh cuba resepi yang nak saya kongsikan ni. Iaitu resepi nasi beriani pakistan sedap and menyelerakan. Resepi nasi beriani pakistan merupakan resepi nasi yang dimasak dengan add bahan bunga lawang, daging kambing and etc. Bahan lengkap nya kat bawah yer. Lepas sedia bahan kawan cantik langsung sahaja semak cara cara membuat resepi nasi beriani pakistan sedap sangat ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Beriani Pakistan So Delicious

Bahan bahan Nasi Beriani Pakistan

  • 5 cawan beras basmathi (rendam 1/2jam dan toskan)
  • 1kg kambing
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 biji buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sb serbuk ketumbar
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 bawang besar – potong dadu
  • 4 biji tomato (dadu)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt (LiNa Pg guna 1bks kecil yogurt)
  • 2 bay leave
  • Minyak olive (LiNa Pg guna butter)
  • 4 biji telur – rebus, kupas & kelar
  • 4 biji kentang kecil – kupas & rebus (LiNa Pg skip)
  • 1/2 cawan susu (optional)
  • Saffron & pewarna kuning

Resepi lain : Resepi Nasi Lemak Kelantan Sedap Best

Bahan bahan Hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar – hiris
  • 4 biji cili hidup hijau – potong 1 inci
  • Daun mint
  • Badam & kismis, jika suka

Cara cara Membuat

Cara Membuat Lauk Kambing

  1. Perap kambing dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam
  2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
  3. Masukkan ayam/kambing yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
  4. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
  5. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api

Cara Membuat Nasi

  1. Basuh beras, rendam selama 30 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
  2. Masukkan beras dan masak/rebus beras sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
  3. Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Cara cara Penyediaan

  1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning (LiNa Pg tabur sedikit saffron) ke atas nasi. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
  2. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  3. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam/kambing. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  4. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas (LiNa Pg guna kaedah selamat kukus jer hingga masak)
  5. Keluarkan periuk dari rice cooker/pengukus dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt.

source : linapg

Hurm sedap sangat resepi nasi beriani pakistan ni. Pantas la kerana yang dikongsi kan at linapg tu memang sedap and menyelerakan. So kawan cantik try at home yer. Oke sekian kongsi resepi nasi beriani pakistan sedap sangat ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube kawan cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Sedap Sangat Menyelerakan

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.