Resepi Nasi Beriani Johor Best Sedap nya

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera kawan cantik lagi baik hati. Dah masak resepi apa sahaja hari ni? Pasti sedap and menyelerakan. Or nak masak besar untuk tetamu istimewa seperti mertua yang hadir at home? Kalau nak hidang tetamu special buat sahaja resepi seperti yang saya kongsikan ni iaitu resepi nasi beriani johor sedap and menyelerakan sangat. Resepi nasi beriani johor merupakan resepi nasi yang dimasak dengan daging lembu or ayam. Sila kawan pilih suai selera yer. Ada bahan lain seperti resepi bawah ni. Kalau kawan cantik nak cuba sila sedia bahan seperti resepi bawah ni and semak cara cara membuat resepi nasi beriani johor sedap and menyelerakan ni yer. Jom semak resepinya.

Resepi Nasi Beriani Johor Best Sedap nya

Bahan bahan Nasi Beriani Johor

  • 500 gm Beras Jasmine Basmathi Peacock (dibersihkan dan ditoskan)
  • 1250 ml air
  • 4 sm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca teh koma-koma (saffron powder) atau pewarna kuning
  • 2 camca teh esen ros
  • 500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
  • 3 biji bawang besar }
  • 5 biji cili hijau }dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih }
  • 4 sm halia }
  • 2 camca besar rempah beriani
  • 2 tangkai daun ketumbar }
  • 3 tangkai daun pudina }dipotong kecil
  • 3 biji tomato }
  • 100 gm bawang goreng
  • 150 ml susu sejat
  • sedikit buah gajus
  • garam sebagai perasa
  • minyak untuk memasak
  • sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi

Resepi lain : Resepi Nasi Kerabu Kedah Best Sedap nya

Cara cara Membuat

  1. Permulaan kawan cantik masak beras yer. masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
  3. Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun dipotong kecil, tomato dan bawang goreng. Goreng hingga garing dan masukkan susu.
  4. Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan. Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma-koma dan esen ros.
  5. Ulangi proses hingga menjadi 4 atau 5 lapisan nasi dan daging.
  6. Apabila selesai, tutup bekas dengan penutupnya dan tampal keliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung.
  7. Biar di atas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi
  8. Nasi beriani johor sedia dihidang untuk tetamu special

source : faridmohdghazali

Hurm sedap nyeerrr resepi nasi beriani johor ni. Resepi ni pasti sedap sangat and elok sangat if dihidangkan untuk tetamu special at home. Boleh pulak kawan hidang at hari biasa untuk makan petang or makan pagi. Semakin semangat hari tu. Oke sekian kongsi resepi nasi beriani johor sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah untuk kawan cantik and selamat mencube 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style Best Sedap nya

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.