Resepi Nasi Beriani Ayam Masak Merah Sedap Best

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera bonda mulia. Semoga bonda sihat selalu and your son sihat and pandai bergaul and sukses in future. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi beriani ayam masak merah sedap and lazat. Resepi nasi ayam beriani ayam masak merah merupakan varian resepi nasi beriani. Bonda know la nasi beriani tu banyak lauk and versinya. Ada resepi nasi beriani kambing, resepi nasi beriani gam and resepi nasi bukhari. Kesemua tu memang sangat berbeza rasa nya but untuk nasi beriani tak jauh berbeza. Resepi nasi beriani ayam masak merah dimasak guna bahan seperti bahan tumis pandan, bunga lawang and cengkih. Pasti la sedap sangat. So bonda try at home yer. Permulaan kalau nak cuba sila semak bahan bahan resepi ni. Lepas sedia sume bahan yang ada bonda semak cara cara membuat resepi nasi beriani ayam masak merah sedap lagi menyelerakan and mudah ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Beriani Ayam Masak Merah Sedap Best

Bahan-bahan Nasi Beriani

  • 3 cawan beras basmathi- cuci & rendam 1/2 jam( tujuannya supaya nasi kembang cantik & ringan)
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • sikit garam & gula
  • 2 sudu teh pewarna kuning telur (jika guna safron lagi baik)
  • 1 kiub ayam (jika suka )

Bahan Tumis

  • 2 helai pandan-potong-potong
  • 2 bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
  • 5 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 ketul halia- mayang halus
  • 1 bawang besar-cincang
  • 1/2 cawan minyak sapi/margerine/butter/minyak jagung( pilih salah satu)

Cara-cara Membuat

  1. Cuci & rendam beras basmathi selama 1/2 jam..
  2. Panaskan ricecooker & masukkan minyak sapi/margerine/butter/minyak jagung (pilih salah satu) & tumiskan bahan tumis hingga berbau harum & sedikit garing.Masukkan 4 cawan,garam & sikit gula hingga mendidih…( jika suka masukkan 1 kiub ayam)
  3. Biar hingga mendidih & masukkan susu cair.
  4. Masukkan beras yang sudah direndam..( rasa airnya untuk mengetahui cukup perisa)
  5. Kacau rata tutup ricecooker & biarkan hingga mendidih & kering..
  6. Setelah nasi kering…titiskan pewarna kuning bertompok-tompok & biarkan…
  7. Biar hingga nasi masak sepenuhnya….
  8. Setelah nasi masak…gunakan garfu atau chopstick untuk menggemburkan nasi….

Tips :

  • Saat titiskan pewarna jangan dikacau bertujuan supaya dapat warna nasi yang bercampur antara kuning pekat..kuning & putih
  • Gembur dengan manja dan berhati-hati supaya nasi kekal cantik dan tidak patah. Sendukkan dengan lembut supaya nasi kekal cantik

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng Thai Sedap Best

Bahan-bahan Ayam Masak Merah

  • 1/2 ekor ayam-potong & gaul garam kunyit
  • 6 biji kentang – rebus tanpa buang kulit
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 botol kecik sos tomato
  • sikit garam & gula
  • 2 helai daun pandan
  • Minyak

Bahan Blend

  • 6 cili merah
  • 1 bawang besar
  • 5 bawang putih
  • 1 ketul kunyit
  • 3 hiris lengkuas
  • 1 batang serai

Cara-cara Membuat

  1. Rebus kentang & kupas kulitnya.Goreng sebiji sebiji dalam minyak hingga garing.angkat.
  2. Goreng pula ayam hingga masak.Tak perlu garing
  3. Dalam minyak yang sama tumis daun pandan yang dipotong-potong.
  4. Masukkan bahan blend & biar hingga garing & naik minyak.
  5. Masukkan sos tomato,garam & gula.
  6. Masukkan ayam goreng,kentang goreng & taburkan daun sup.
  7. Dah siap Ayam Masak Merah….

source : namakucell

Sedap nyerrr resepi nasi beriani ayam masak merah ni. Pantas la menjadi kegemaran ramai orang. Oke sekian kongsi resepi nasi beriani ayam masak merah sedap and lazat tu. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube bonda cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Kerabu Ayam Bakar Sedap Terbaik

Incoming search terms:

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.