Resepi Nasi Ayam Penyet Original Simple and Sedap

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera rakan sume. Semoga rakan sume healthy always ye. Jumpa kembali dengan saya yang gemar berkongsi resepi sedap dan mudah. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi ayam penyet original simple dan sedap. Resepi nasi ayam penyet original ialah perpaduan pelbagai menu seperti menu nasi and ayam goreng and sambal penyet. Kesemua nya dihidang bersama dalam satu plat siap makan. Pasti sedap nyerrr. Resepi ni punyai pelbagai nama seperti resepi ayam penyet jawa, resepi sambal ayam penyet wong solo yang punyai sikik berbeza dalam plating. Oke kalau rakan nak try resepi nasi ayam penyet original sila semak and sedia bahan bahan seperti resepi bawah ni. Lepas sume bahan ada rakan cantik semak cara cara membuat resepi nasi ayam penyet original simple and sedap ni yer. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Penyet Original Simple and Sedap

Resepi Nasi Ayam Penyet Original

Bahan-bahan Ayam ( 6 orang )

  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • 1/2 sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1/2 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • 1/2 sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Bahan Sambal

  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Bahan Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Resepi lain : Resepi Ayam Masak Kurma Simple tapi Sedap Sangat

Cara-cara Membuat

Cara Membuat Ayam Penyet

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Cara Membuat Sambal

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  6. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  7. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  8. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  9. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Cara Membuat Sup

  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Cara Membuat Nasi

  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

source : baca-blogspot

Sedap sangat yer resepi nasi ayam penyet original ni. Sangat elok dihidang untuk makan bersama family terkasih. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam penyet original sedap and simple ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan cantik and terbaik 😀

Resepi lain : Resepi Ayam Kukus Sos Tiram Sedap Sangat and Mudah

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.