Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap and Simple

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam sejahtera rakan cantik lagi terbaik. Rakan cantik hari ni nak masak apa? Pasti yang sedap and simple lagi menyelerakan. If rakan takde idea nak masak apa sila semak resepi yang nak saya kongsikan ni ialah resepi nasi ayam madu paling sedap and menyelerakan. Resepi nasi ayam madu paling sedap ni saya peroleh dari sahabat at Kinabalu city. Sahabat saya menjemput saya untuk traveling ke Kinabalu city and mengambil percutian keje. Kerana sahabat saya tinggal di Kota Kinabalu pasal penginapan hotel yang ditempah telah diselesaikan dan tidak perlu bimbang tentang masalah itu. But saya selalu menolak jemputan kerana kos untuk mendapatkan yang telah tiada. Sikik story sahabat saya menghantar some resepi untuk cuba at home ialah resepi yang nak saya kongsikan ni. Resepi nasi ayam madu paling sedap ni berbeza dengan resepi nasi ayam lain yang ada seperti resepi nasi ayam hainan, resepi nasi ayam cina and etc. Kalau rakan cantik nak try sila semak bahan and cara cara membuat resepi nasi ayam madu paling sedap and menyelerakan ni. Jom semak resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap and Simple

Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Madu Paling Sedap

Bahan Ayam (direbus)

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan Ayam (diperap)

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan Nasi

  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan Sos

  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan Sup

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan Kuah Kicap

  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Resepi lain : Resepi Nasi Goreng USA Simple and Sedap

Cara cara Membuat

Untuk Ayam

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Memasak Nasi

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.

Memasak Sup

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Memasak Sos

  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap

  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
  2. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips

  • Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

source : secuitrasaumiejazz

Resepi nasi ayam madu paling sedap ni kick sangat aroma nya. So rakan try at home yer. Hidang untuk keluarga terkasih saat jamuan makan petang. Pasti lahap sangat mereka makan. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam madu paling sedap and menyelerakan ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan cantik 😀

Resepi lain : Resepi Nasi Briyani Kambing Sedap Terbaikk

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.