Resepi Nasi Ayam Azlina Ina Sedap Sangat

kongsiresepinasi.com – Assalamuallaikum and salam bahagia rakan cantik. Nak try resepi apa hari ni? Resepi yang sedap and lazat lagi menyihatkan. Kalau perlu menyihatkan kulit and elok untuk tumbuh kembang anak. Kali ni saya nak izin berkongsi resepi nasi ayam azlina ina. Resepi nasi ayam azlina ina ialah resepi karya chef master azlina. Izin berkongsi kat sini akak azlina yang cantik and baik hati. Permulaan kalalu nak try resepi ni sila sedia bahan bahan seperti bawah ni. Lepas tu semak cara cara membuat nya yer. Jom tengok resepi nya.

Resepi Nasi Ayam Azlina Ina Sedap Sangat

Resepi Nasi Ayam Azlina Ina

Bahan-bahan Ayam

  • 1 ekor ayam dibersihkan betul2 dibahagian dalamannya & toskan
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 2 hirisan halia muda ditumbuk lumat
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar maltose ( boleh dibeli di supermarket)/ boleh je tukar ke madu

Cara cara Membuat

  1. Rebuskan ayam selam 20 – 30 minit sehingga betul2 masak. Angkat & toskan. Ketepikan air rebusan ayam & boleh digunakan untuk penyediaan nasi ayam dll..
  2. Campurkan kesemua bahan2 diatas didalam satu bekas sehingga betul2 sebati
  3. Lumurkan pada keseluruhan ayam sehingga rata dan gantungkan ayam menggunakan besi pencangkuk sehingga kelihatan kering permukaan kulitnya Setelah itu bolehlah digoreng ayam didalam periuk dengan cara terendam dengan minyak yang penuh
  4. Angkat & toskan apabila sudah nampak kekuningan & garing, jangan goreng terlalu lama kerana ayam sudah pun cukup masak sewaktu direbus tadi
  5. Potong2kan kepada bahagian kecil sewaktu dihidangkan.

Bahan bahan Nasi

  • 3 cawan beras (dibasuh bersih2 & ditapiskan airnya)
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 150 g marjerin
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 6 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 cm halia muda dikisar
  • 2 helai daun pandan (dicarik & disimpulkan)
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa titisan pewarna kuning

Cara cara Membuat

  1. Panaskan marjerin & minyak sapi & tumiskan bawang merah, bawang putih & halia muda sehingga kekuningan dan naik aromanya
  2. Masukkan bahan tumis ini kedalam periuk nasi bersama2 dengan beras dan daun pandan dan kacau2kan sebentar
  3. Kemudian masukkan air rebusan ayam, serbuk pati ayam & garam dan kacau2kan sebentar
  4. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa
  5. Buka penutupnya dan renjis2kan sedikit dengan pewarna kuning yang sudah dicampurkan sedikit air panas, gemburkan nasi sebentar dan tutup semula periuk nasi

Resepi lain : Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet Asli Sedap nya

Bahan bahan Sup

  • Air rebusan ayam secukupnya
  • 3 ulas bawang merah dikisar
  • 2 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 30g sayur kobis asin dicincang kecil
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Sedikit garam

Cara cara Membuat

  1. Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan bahan kisar saehingga kekuningan
  2. Masukkan sayur kobis asin & air rebusan ayam, biarkan ia merenih perlahan
  3. Setelah itu masukkan pula serbuk pati ayam dan garam secukup rasa, biarkan ia mendidih semula dan tutup api.

Bahan bahan Sos Cili

  • 10 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan halia muda
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)

Cara cara Membuat

  1. Cili merah dibelah tengahnya dan dibuang biji, potong agak kecil. Kisarkan bersama2 dengan bawang putih dan halia muda sedikit air sehingga betul2 lumat
  2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan secawan air & air jus limau kasturi, masak sehingga mendidih
  3. Terakhir masukkan gula dan garam, kacau2kan dan tunggu hingga mendidih sebentar

Bahan bahan Kicap Cili Padi

  • 15 biji cili padi dipotong agak kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya)
  • 1 mangkuk kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu teh gula

Cara cara Membuat

  1. Kisarkan cili padi dan bawang putih dengan sedikit air sehingga betul2 hancur
  2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan jus limau kasturi, masakkan sehingga mendidih
  3. Masukkan kicap lemak manis & gula, kacau2kan dan biar mendidih sebelum ditutup apinya

Bahan bahan Ulaman

  • Timun – dibuang kulit & hiris sederhana tebal
  • Daun salad dikerat2 sederhana kecil
  • Buah tomato dihiris nipis
  • Daun bawang & daun sup dihiris nipis2
  • Bawang goreng secukupnya

source : aniswany

Hurm sedap nyeeeer resepi nasi ayam azlina ina ni. Pantas la menjadi kegemaran ramai orang at Malay. Oke sekian kongsi resepi nasi ayam azlina ina ni. Semoga resepi ni berfaedah and selamat mencube rakan cantik :3

Resepi lain : Resepi Nasi Lemak Kuning Simple tapi Sedap

About the author: admin

Related Posts

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.